Search
  • Al-Ulum

Pecah Tanah

Updated: Feb 29

Doa oleh Ustaz Maulana Jalaludin sebelum upacara pecah tanah untuk pembinaan bangunan yang akan menjadi Masjid terbesar di Perak. Ini adalah tonggak yang penting bagi Pertubuhan Al-Ulum dan merupakan peringatan kepada semua bahawa dengan Allah sebagai tumpuan dan sebab, tiada yang mustahil.


Tujuan utama Al-Ulum Sdn. Bhd. diwujudkan adalah untuk menjana dana yang diperlukan untuk mengekalkan, meningkatkan dan membangunkan kemudahan di madrasah kami (ini termasuk pembinaan masjid seperti yang dinyatakan di atas). SERATUS PERATUS keuntungan daripada operasi perniagaan kami digunakan untuk sebab ini. Walau bagaimanapun, sebagai sebuah perniagaan yang sedang berkembang, keuntungan kami belum lagi mencapai tahap yang boleh menampung segala aktiviti/projek Komunity Al-Ulum yang disenaraikan di atas. Oleh kerana itu, kami telah menyediakan halaman Patreon di mana saudara-saudari yang berhasrat dan mampu menyumbang, boleh membuat sedemikian. Sedekahlah mengikut kemampuan anda. Jika anda tidak mampu untuk menyumbang dari segi kewangan, sila meninggalkan like dan komen atau kongsikan post ini. Bantu sebarkan berita mengenai perniagaan kami dan lebih penting, misi kami. Sumbangan, doa, hajat dan sokongan anda amat dihargai.



Orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang mereka belanjakan itu dengan perkataan membangkit-bangkit, dan tidak pula menyinggung atau menyakiti, mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. [al-Baqarah 2:262]


0 views
  • Facebook
  • Instagram
  • YouTube